KATA-KATA ALUAN
GURU KANAN

...........................................................................................................................................................

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan di laman Panitia Matematik Tambahan ini. 

Yang Berusaha, Pengetua SMK Taman Nusajaya
Yang Dihormati, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Dihormati, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati, Guru-guru Kanan Matapelajaran
Yang Dihormati, semua guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.


Salam sejahtera dan salam perpaduan,

Kami selaku Panitia Matematik Tambahan telah berjaya mengatur strategi dalam menyediakan satu platform yang mudah diakses untuk pelajar dan juga guru-guru yang terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khusunya dalam subjek Matematik Tambahan ini. 

Sebagai seorang guru kami bertanggungjawab dalam menyediakan bahan pembelajaran kepada semua pelajar dengan memperkenalkan idea baharu seperti ini. Kaedah ini bukan sahaja untuk memperkenalkan panitia matematik tambahan itu sendiri, malah platform ini mempunyai banyak maklumat yang berguna untuk pelajar seperti nota/latihan dan koleksi soalan SPM yang lepas. Kandungan seperti ini berguna untuk pelajar dalam mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan sebelum SPM bermula.

Justeru itu, kami berharap para pelajar dapat memanfaatkan bahan dan isi kandungan yang ada di dalam blog ini. Kami dari pihak panitia, akan berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran secara fleksibel dan optimum.

Akhir kata dari saya, sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha  ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian  hari. In shaa Allah.

Sekian. Wassalam

Guru Kanan

0 comments:

Post a Comment