KATA ALU-ALUAN PENGETUA
SMK TAMAN NUSAJAYA

.................................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Rasa syukur yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia-Nya yang berupa takdir yang dianugerahkan sehingga kita terpilih dan diilih memberi warna kepada gerak tingkah berorganisasi khusunya di SMK Taman Nusajaya. Tahun 2020 merupakan tahun yang menagih komitment padu kita semua khusunya dalam mendepani sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) norma baharu. Kita harus menanam tekad dan azam agar segala kerja pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Modul Pembelajaran Alaf (PAK 21) menjadi agenda penting dalam pendidikan yang harus dilaksanakan oleh guru bagi memastikan kemenjadian murid dapat dicapai dari segi peratus kehadiran murid ke sekolah serta peningkatan pencapaian murid dalam bidang akademik dan kokurikulum selaras dengan elemen yang telah ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ilmu harus disampaikan tanpa mengabaikan elemen PAK 21 khusunya dalam melaksanakan PdPc norma baharu. Aplikasi PAK 21 dalam PdPc seharusnya berjaya menggalakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid. Hal ini dikatakan demikian bagi memastikan kesediaan murid mendepani dunia luar yang kian mencabar. Pelaksanaan PAK 21 yang dimaksudkan tidak terhad dalam bidang akademik sahaja malah merangkumi bidang kokurikulum dan hal ehwal murid. PAK 21 turut melibatkan proses pembelajran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika (4K1N). Bagi merealisasikan hasrat ini, PLC (Profesional Learning Community) yang meningkatkan kemahiran pedagogi guru-guru harus diperkasakan. SKPMg2 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Ke-2) adalah skop penilain yang menjadi hala tuju yang jelas dalam melaksanakan tugas kita dengan lebih tersusun dan telus bagi mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan. Oleh hal yang demikian, pemantauan daripada pihak atasan seperti nazir akan dilaksanakan pada bila-bila masa bagi meningkatkan profesionalisme guru-guru. Oleh itu, dasar PPPM yang merangkumi 6 aspirasi murid, 5 aspirasi sistem pendidikan dan 11 anjakan untuk transformasi hendaklah difahami dan direalisasikan. Apabila kita benar-benar istiqamah serta yakin dengan hala tuju, pasti kita dapat jayakan bersama dengan cemerlang. Semoga tahun 2021 memberi kekuatan dan kejayaan kepada kita semua, di samping mampu menjadi penyumbang bermakna dalam kejayaan dan kecemerlangan yang menjadi milik bersama. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum w.b.t

Daripada,

Tn Hj Adib Adham bin Daud
Pengetua SMK Taman Nusajaya

0 comments:

Post a Comment