KATA ALU-ALUAN
PENOLONG KANAN

...........................................................................................................................................................

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan di laman Panitia Matematik Tambahan ini. 

Yang Berusaha, Pengetua SMK Taman Nusajaya
Yang Dihormati, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Dihormati, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati, Guru-guru Kanan Matapelajaran
Yang Dihormati, semua guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.


Salam sejahtera dan salam perpaduan,

Saya selaku penolong kanan SMK Taman Nusajaya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Panitia Matematik Tambahan kerana telah berjaya menyediakan satu platform yang berguna kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 bagi kemudahan kedua-dua pihak dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai alternatif pembelajaran norma baharu.

Kaedah ini dilaksanakan secara berstruktur dan terancang. Dengan adanya platform seperti ini, murid dapat mengikuti PdP secara optimum. Kaedah penyampaian secara fleksibel ini sesuai dengan situasi semasa dengan penyediaan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Dengan kewujudan laman ini saya yakin pihak panitia memberikan peluang kepada para pelajar untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam. Saya juga berharap semua pelajar dapat memanfaatkan bahan dan maklumat yang terdapat dalam laman rasmi ini. Semoga apa yang dirancang dapat diterjemahkan dalam bentuk fahaman dan idea untuk meluaskan ilmu matematik dengan sewajarnya.

Akhir kata dari saya, sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha  ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian  hari. In shaa Allah.

Sekian. Wassalam

Penolong Kanan


0 comments:

Post a Comment